Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihatku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku".
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Darami dan Ahmad)
Isnin, 2 Mei 2011
Isnin, 25 April 2011
Penawar Daripada Gangguan Jin
Amalkan surah Al-Nas
Surah ini menyenaraikan tiga sifat al-Rabb iaitu al-Rububiyyah, al-Mulk dan al-Ilahiyyah. Allah s.w.t. penguasa segala sesuatu, yang Maha Memiliki dan yang berhak disembah. Semua makhluk merupakan hambaNya, maka semau hamba hendaklah memohon perlindungan daripadaNya. Antara yang perlu kita dapatkan perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan ialah al-Khannas dan Qarin yang sentiasa mempengaruhi kita agar menyeleweng dari jalan yang benar. (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Fakhrurazi, tafsir surah al-Nas)
Gangguan syaitan terhadap manusia tidak terbatas sesama mereka, malahan menjangkau semua itu. Ini dapat dilihat menerusi sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi s.a.w. telah memanggil dua orang sahabat Ansar yang melihat baginda berjalan bersama isterinya Safiyyah r.ha. pada waktu malam untuk memberitahu mereka bahawa wanita yang mereka lihat berjalan dengan baginda adalah isterinya. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya : "sesungguhnya syaitan itu bergerak dalam tubuh manusia bersama aliran darah, maka dibimbangi dia membisikkan sesuatu perkara yang jahat dalam fikiran kamu!" (Tafsir Ibn Kahtir, tafsir surah al-Nas)
Antara kelebihan lain surah Al-Nas ialah Nabi s.a.w. membacanya bersama surah al-Falaq untuk menjadi penawar kepada sihir yang menimpa baginda. (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Baghawi, tafsir surah al-Nas)

Ahad, 24 April 2011
Cara Rasulullah Minum
"Ketika Rasulullah saw minum, beliau menarik nafas (menjeda) dua kali"
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)
(Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)
Keperibadian Rasulullah
Aisyah r.a meriwayatkan,
maksud ayat: "minuman yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah minuman yang manis dan dingin."
(Riwayat Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh)

Langgan:
Catatan (Atom)