Isnin, 25 April 2011

Penawar Daripada Gangguan Jin

Amalkan surah Al-Nas

Surah ini menyenaraikan tiga sifat al-Rabb iaitu al-Rububiyyah, al-Mulk dan al-Ilahiyyah. Allah s.w.t. penguasa segala sesuatu, yang Maha Memiliki dan yang berhak disembah. Semua makhluk merupakan hambaNya, maka semau hamba hendaklah memohon perlindungan daripadaNya. Antara yang perlu kita dapatkan perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan ialah al-Khannas dan Qarin yang sentiasa mempengaruhi kita agar menyeleweng dari jalan yang benar. (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Fakhrurazi, tafsir surah al-Nas)
 Gangguan syaitan terhadap manusia tidak terbatas sesama mereka, malahan menjangkau semua itu. Ini dapat dilihat menerusi sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi s.a.w. telah memanggil dua orang sahabat Ansar yang melihat baginda berjalan bersama isterinya Safiyyah r.ha. pada waktu malam untuk memberitahu mereka bahawa wanita yang mereka lihat berjalan dengan baginda adalah isterinya. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya : "sesungguhnya syaitan itu bergerak dalam tubuh manusia bersama aliran darah, maka dibimbangi dia membisikkan sesuatu perkara yang jahat dalam fikiran kamu!" (Tafsir Ibn Kahtir, tafsir surah al-Nas)

Antara kelebihan lain surah Al-Nas ialah Nabi s.a.w. membacanya bersama surah al-Falaq untuk menjadi penawar kepada sihir yang menimpa baginda. (Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Baghawi, tafsir surah al-Nas)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan